Malaysia legislation
Section 109
Seksyen 109
Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini dilakukan oleh suatu badan, diperbadankan atau didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis—
(a)
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang merupakan seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau mana-mana pegawai lain yang bertanggungjawab bagi pengurusan pertubuhan perbadanan pada masa pelakuan kesalahan;
Pekerja Gig 61
(b)
dalam hal suatu perkongsian atau pemunya tunggal, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian atau pemunya tunggal pada masa pelakuan kesalahan; atau
(c)
dalam hal suatu persatuan atau pertubuhan atau mana-mana badan lain yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, presiden, pengerusi, setiausaha, bendahari atau pegawai lain yang seumpamanya bagi persatuan atau pertubuhan pada masa pelakuan kesalahan, boleh dipertuduh secara bersesama atau berasingan dengan pertubuhan perbadanan, perkongsian, pemunya tunggal, persatuan atau pertubuhan atau mana-mana badan lain yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan jika pertubuhan perbadanan, perkongsian, pemunya tunggal, persatuan atau pertubuhan atau mana-mana badan lain yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis itu didapati bersalah atas kesalahan itu, orang yang disebut dalam perenggan (a), (b)
atau (c) hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu, melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah atau dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
Kuasa untuk meminda Jadual