Malaysia legislation

Section 14

of AKTA PEKERJA GIG 2025

Seksyen 14

(a)

penyahaktifan itu adalah mengikut terma dan syarat di bawah perjanjian perkhidmatan; atau

(b)

terdapat salah laku telah dilakukan oleh pekerja gig semasa melaksanakan perkhidmatannya.

(2)

Seseorang pekerja gig adalah dinyahaktifkan daripada sistem pengantara digital jika penyedia platform mengubah suai, menggantung atau menamatkan akses pekerja gig itu kepada sistem pengantara digitalnya dengan cara yang menghalang pekerja gig itu daripada melaksanakan perkhidmatannya di bawah perjanjian perkhidmatan.

(3)

Penyedia platform boleh mengubah suai atau menggantung akses pekerja gig kepada sistem pengantara digitalnya bagi suatu tempoh tidak melebihi empat belas hari bagi maksud mengadakan suatu siasatan bagi perkara yang disebut dalam subseksyen (1).

(4)

Penyedia platform hendaklah memberitahu pekerja gig itu berkenaan dengan pengubahsuaian atau penggantungan yang disebut dalam subseksyen (3) dengan memberikan suatu notis secara bertulis kepada pekerja gig.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 872

(5)

Jika penyedia platform mendapati bahawa tiada sebab untuk menyahaktifkan akses pekerja gig itu kepada sistem pengantara digitalnya di bawah perenggan (1)(a) atau (b), penyedia platform hendaklah—

(a)

mengaktifkan semula akses pekerja gig kepada sistem pengantara digitalnya; dan

(b)

membayar kepada pekerja gig itu separuh daripada amaun purata pendapatan harian bagi tempoh pengubahsuaian atau penggantungan itu dan pembayaran itu hendaklah dikira berdasarkan pendapatan bagi hari perkhidmatan sebenar dalam tempoh tiga puluh hari sebelum tempoh pengubahsuaian atau penggantungan itu.

(6)

Jika penyedia platform mendapati bahawa penyahaktifan adalah mengikut terma dan syarat di bawah perjanjian perkhidmatan atau apa-apa salah laku telah dilakukan oleh pekerja gig, penyedia platform itu boleh—

(a)

menamatkan akses pekerja gig itu kepada sistem pengantara digitalnya dan perjanjian perkhidmatan; atau

(b)

meneruskan dengan pengubahsuaian atau penggantungan akses pekerja gig itu kepada sistem pengantara digitalnya bagi suatu tempoh lanjut tidak melebihi tujuh hari tanpa menamatkan perjanjian perkhidmatan.

(7)

Penyedia platform hendaklah memberikan hak untuk didengar kepada pekerja gig itu sebelum mengambil apa-apa tindakan di bawah perenggan 6(a) atau (b).

(8)

Apabila habis tempoh yang disebut dalam perenggan (6)(b), penyedia platform hendaklah mengaktifkan semula akses pekerja gig itu kepada sistem pengantara digitalnya.

(9)

Penyedia platform hendaklah memberi penjelasan bertulis kepada pekerja gig bagi apa-apa keputusan yang dibuat di bawah subseksyen (6).

(10)

Mana-mana penyedia platform yang melanggar subseksyen (4), (5), (7), (8) atau (9) melakukan suatu kesalahan.

Pekerja Gig 19

Keutamaan pendapatan daripada hutang lain