Malaysia legislation

Section 19

of AKTA PEKERJA GIG 2025

Seksyen 19

(2)

Apabila menerima aduan pertikaian, Pendamai hendaklah mengambil apa-apa langkah yang perlu atau suai manfaat untuk memulakan prosiding pendamaian bagi menggalakkan suatu penyelesaian yang cepat.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), jika pertikaian berlaku atau dijangka untuk berlaku, yang pada pendapat Pendamai tidak mungkin boleh diselesaikan antara pihak-pihak, Pendamai boleh, jika difikirkannya perlu bagi kepentingan awam, mengambil apa-apa langkah yang perlu atau suai manfaat untuk memulakan prosiding pendamaian bagi menggalakkan suatu penyelesaian yang cepat sama ada atau tidak pertikaian telah dilaporkan kepadanya.

(4)

Jika suatu penyelesaian dicapai antara pihak-pihak, Pendamai hendaklah merekodkan terma penyelesaian antara pihak-pihak itu.

(5)

Jika Pendamai berpuas hati bahawa tidak mungkin pertikaian itu boleh diselesaikan, Pendamai hendaklah merujuk pertikaian itu kepada Tribunal.

(6)

Langkah yang akan diambil oleh Pendamai di bawah

Bahagian ini hendaklah dilaksanakan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 872

Pendamaian oleh Menteri