Malaysia legislation

Section 25

of AKTA PEKERJA GIG 2025

Seksyen 25

Anggota, tempoh jawatan dan elaun

(a)

seorang Presiden dan seorang Timbalan Presiden dilantik dalam kalangan pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan

Perundangan;

(b)

tidak kurang daripada lima orang anggota lain yang hendaklah terdiri daripada—

(i)

orang yang merupakan pegawai atau yang pernah memegang jawatan dalam Perkhidmatan

Kehakiman dan Perundangan; atau

(ii)

orang yang diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion

Undang-Undang 1976 [Akta 166], Ordinan

Peguam Bela Sabah [Sabah Bab 2] atau Ordinan

Peguam Bela Sarawak [Sarawak Bab 110], dan yang menjalankan amalan tidak kurang daripada tujuh tahun; atau

(iii)

walau apa pun subperenggan (ii), orang yang layak sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta Profesion Undang-Undang 1976, dengan sekurang-kurangnya lima belas tahun pengalaman dalam tenaga kerja dan perhubungan perusahaan dalam kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia boleh dipertimbangkan bagi pelantikan sebagai seorang anggota di bawah perenggan ini.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 872

(2)

Anggota Tribunal yang disebut dalam subseksyen (1)—

(a)

hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun; dan

(b)

hendaklah layak untuk dilantik semula apabila tamat tempoh jawatan tetapi tidak boleh dilantik bagi tempoh lebih daripada tiga penggal berturut-turut.

(3)

Anggota Tribunal yang dilantik di bawah perenggan (1)(a)

dan (b) hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Penjalanan sementara fungsi Presiden