Malaysia legislation

Section 28

of AKTA PEKERJA GIG 2025

Seksyen 28

Menteri boleh membatalkan pelantikan seseorang anggota

(a)

jika kelakuan orang itu, sama ada berkaitan dengan kewajipannya sebagai seorang anggota Tribunal atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga mencemarkan nama Tribunal;

Pekerja Gig 25

(b)

jika orang itu menjadi tidak berupaya untuk menjalankan kewajipannya secara wajar sebagai anggota Tribunal;

(c)

jika dia telah disabitkan atas suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;

(iii)

suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau

(iv)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama lebih daripada dua tahun;

(d)

jika orang itu dihukum bankrap oleh suatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa;

(e)

jika orang itu didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menguruskan hal ehwalnya; atau

(f)

jika orang itu tidak menghadiri sidang Tribunal tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Presiden.

Peletakan jawatan dan pengisian kekosongan