Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PEKERJA GIG 2025

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta ini” termasuk apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“award” ertinya suatu award yang dibuat oleh Tribunal berkenaan dengan apa-apa pertikaian atau perkara yang dirujuk kepadanya atau apa-apa keputusan atau perintah yang dibuat oleh Tribunal di bawah Akta ini;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“entiti kontrak” ertinya—

(a)

seseorang individu;

(b)

mana-mana orang termasuk kumpulan orang yang diperbadankan atau didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau

(c)

mana-mana penyedia platform, yang terlibat dan membuat suatu perjanjian perkhidmatan dengan seseorang pekerja gig bagi pelaksanaan perkhidmatan oleh pekerja gig itu sebagai pertukaran bagi pembayaran pendapatan;

“Majlis” ertinya Majlis Perundingan yang ditubuhkan di bawah seksyen 46;

“mekanisme kilanan dalaman” ertinya suatu mekanisme penyelesaian pertikaian yang diperuntukkan oleh entiti kontrak dalam perjanjian perkhidmatan bagi maksud menangani dan menyelesaikan apa-apa kilanan, pertikaian atau perkara yang berkenaan dengan pekerja gig;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;

Pekerja Gig 11

“pekerja gig” ertinya seseorang individu yang—

(a)

merupakan seorang warganegara atau pemastautin tetap

Malaysia;

(b)

membuat perjanjian perkhidmatan dengan entiti kontrak bagi pelaksanaan—

(i)

apa-apa perkhidmatan dengan mana-mana entiti kontrak yang merupakan penyedia platform; atau

(ii)

apa-apa perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual dengan mana-mana entiti kontrak yang bukan merupakan penyedia platform; dan

(a)

suatu pembayaran yang dibuat secara sukarela kepada pekerja gig sebagai tambahan kepada pendapatan; atau

(b)

suatu pembayaran yang dibuat secara sukarela melalui entiti kontrak dengan niat bahawa pembayaran itu akan dibuat kepada pekerja gig sebagai tambahan kepada pendapatannya;

“Tribunal” ertinya Tribunal Pekerja Gig yang ditubuhkan di bawah Bahagian V Akta ini.

(c)

menerima pendapatan bagi perkhidmatan itu;

“pendapatan” ertinya apa-apa bayaran yang kena dibayar kepada pekerja gig di bawah perjanjian perkhidmatan tetapi tidak termasuk tip dan ganjaran, dan faedah lain yang diterima oleh pekerja gig;

“penyedia platform” ertinya mana-mana penyedia sistem pengantara digital yang menghubungkan perkhidmatan oleh pekerja gig kepada pengguna perkhidmatan;

“perjanjian perkhidmatan” ertinya apa-apa perjanjian, sama ada secara lisan atau bertulis dan sama ada nyata atau tersirat, antara entiti kontrak dengan pekerja gig yang menyediakan suatu perkhidmatan di Malaysia sebagai pertukaran bagi pendapatan, tetapi tidak termasuk “kontrak perkhidmatan” sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Kerja 1955 [Akta 265], Ordinan Buruh Sabah

[Sabah Bab 67], Ordinan Buruh Sarawak [Sarawak Bab 76] dan

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514]

atau “kontrak pekerjaan” sebagaimana yang ditakrifkan di bawah

Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177];

“persatuan pekerja gig” ertinya mana-mana persatuan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] yang hendaklah terdiri daripada pekerja gig bagi maksud mewakili kepentingan dan kebajikan pekerja gig;

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 872

“pertikaian” ertinya apa-apa pertikaian antara pekerja gig dengan entiti kontrak berhubung dengan terma dan syarat perjanjian perkhidmatan, apa-apa hak pekerja gig atau apa-apa perkara lain yang berhubungan dengannya di bawah Akta ini;

“tip dan ganjaran” ertinya—