Malaysia legislation

Section 40

of AKTA PEKERJA GIG 2025

Seksyen 40

Keterangan

(a)

mendapatkan dan menerima semua keterangan bersumpah atau dengan ikrar, sama ada bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang sebagai saksi, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Tribunal;

(b)

menghendaki pengemukaan di hadapannya apa-apa maklumat, buku, kertas, dokumen, rekod atau benda;

(c)

mengendalikan apa-apa sumpah, ikrar atau akuan berkanun mengikut mana-mana yang berkenaan;

(d)

mendapatkan dan menerima apa-apa keterangan lain dan membuat apa-apa siasatan lain sebagaimana yang difikirkannya patut;

(e)

memanggil pihak-pihak kepada prosiding itu atau mana-mana orang lain supaya hadir di hadapannya untuk memberi keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda lain dalam milikannya atau selainnya untuk membantu Tribunal dalam pertimbangtelitiannya;

(f)

menerima keterangan pakar;

(g)

mengarahkan bahawa apa-apa maklumat, buku, kertas, dokumen atau benda yang dikemukakan sebagai keterangan tidak boleh didedahkan atau diterbitkan dalam mana-mana akhbar atau selainnya;

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 872

(h)

mengarahkan bahawa apa-apa keterangan hendaklah diambil secara tertutup dan tiada orang boleh hadir semasa keterangan itu diambil melainkan jika dibenarkan oleh

Tribunal; dan

(i)

mengarahkan dan melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi mempercepat penentuan aduan itu.

(2)

Sesuatu saman yang dikeluarkan di bawah perenggan (1)(e)

hendaklah disampaikan dan dikuatkuasakan seolah-olah saman itu merupakan suatu saman yang dikeluarkan oleh mahkamah rendah.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar perenggan (1)(g) melakukan suatu kesalahan.

Pengecualian keterangan