Malaysia legislation

Section 42

of AKTA PEKERJA GIG 2025

Seksyen 42

(2)

Tiap-tiap award selepas pendengaran hendaklah diumumkan di hadapan pihak-pihak sama ada pada penutupan pendengaran itu atau pada mana-mana hari yang kemudian yang notis hendaklah diberikan kepada pihak-pihak.

(3)

Tribunal hendaklah menyatakan secara bertulis sebab bagi award atau penolakan aduan itu bersama dengan apa-apa dapatan fakta yang diambil maklum oleh Tribunal atau syor yang telah dibuat oleh Tribunal dalam prosiding itu dan hendaklah diserahkan kepada pihak-pihak mengikut cara bersama dengan fi yang ditetapkan—

(a)

atas permintaan mana-mana pihak kepada prosiding; atau

(b)

jika mana-mana pihak kepada prosiding merayu terhadap award Tribunal di bawah seksyen 44.

(4)

Suatu award Tribunal di bawah subseksyen (1) boleh menyatakan satu atau lebih daripada yang berikut:

(a)

supaya suatu pihak kepada prosiding itu membayar pampasan kepada mana-mana pihak lain;

(b)

supaya suatu pihak mematuhi apa-apa terma dan syarat dalam perjanjian perkhidmatan;

(c)

supaya suatu pihak mematuhi mana-mana peruntukan

Akta ini;

(d)

supaya suatu pihak berhak untuk melaksanakan perkhidmatannya atau untuk mengakses sistem pengantaraan digital;

(e)

supaya suatu pihak diberi kebenaran untuk menyahaktifkan akses pihak lain daripada sistem pengantara digital;

(f)

supaya suatu pihak dibayar amaun penuh pendapatan, tip dan ganjaran, atau faedah lain yang genap masa dan kena dibayar bagi perkhidmatannya;

(g)

supaya suatu pihak dibayar balik bagi potongan salah pendapatan;

Undang-Undang Malaysia 32

Akta 872

(h)

supaya suatu pihak dibayar balik bagi apa-apa pembayaran terlebih;

(i)

supaya suatu pihak diberikan pampasan bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan yang ditanggung;

(j)

supaya suatu pihak berhak untuk memotong pendapatan pihak lain;

(k)

supaya perjanjian perkhidmatan itu diubah atau diketepikan, secara keseluruhannya atau sebahagiannya;

(l)

supaya kos untuk atau terhadap mana-mana pihak dibayar;

(m)

supaya faedah dibayar atas apa-apa jumlah wang atau award kewangan pada kadar tidak melebihi lapan peratus setahun, melainkan jika ia telah dipersetujui selainnya antara pihak-pihak;

(n)

supaya tuntutan itu ditolak; atau

(o)

mengarahkan dan melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat.

(5)

Tribunal boleh membetulkan dalam mana-mana award apa-apa kesilapan perkeranian atau kesilapan yang timbul daripada apa-apa ketinggalan atau peninggalan yang tidak disengajakan.

Award Tribunal adalah mengikat