Malaysia legislation

Section 47

of AKTA PEKERJA GIG 2025

Seksyen 47

Fungsi dan kuasa Majlis

(a)

kadar pendapatan minimum termasuk liputan mengikut sektor, kawasan wilayah, jenis pekerja gig atau perkhidmatan dan kategori atau perkara lain yang berhubungan dengan kadar pendapatan minimum dan pendapatan;

(b)

formula yang akan diguna pakai berhubung dengan kadar pendapatan minimum dan pendapatan mengikut sektor, kawasan wilayah, jenis pekerja gig atau perkhidmatan dan kategori atau perkara lain yang berhubungan dengan kadar pendapatan minimum dan pendapatan;

(c)

standard minimum yang perlu diguna pakai mengikut sektor, kawasan wilayah, jenis pekerja gig atau perkhidmatan dan kategori atau perkara lain yang berhubungan dengan peruntukan Akta ini;

(d)

ketidakpakaian pengesyoran dalam perenggan (a), (b)

atau (c) kepada mana-mana sektor, kawasan wilayah, jenis pekerja gig atau perkhidmatan dan kategori atau perkara lain;

(e)

tarikh permulaan kuat kuasa apa-apa perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah Bahagian ini;

(f)

penyemakan apa-apa perintah yang dibuat di bawah

Bahagian ini; atau

(g)

apa-apa perkara lain berhubung dengan perkara di bawah perenggan (1)(a) hingga (f).

(2)

Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang perlu atau suai manfaat atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya termasuk—

(a)

untuk berunding dengan pemegang taruh yang berkaitan atas semua perkara yang berhubungan dengan perenggan (1)(a) hingga (g);

Pekerja Gig 35

(b)

untuk mengumpul dan menganalisis data dan maklumat, dan untuk menjalankan penyelidikan atas perkara yang berhubungan dengannya, termasuklah di peringkat antarabangsa;

(c)

untuk menyelaras dan menyelia, dan untuk menilai kesan daripada, pelaksanaan mana-mana perintah yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini;

(d)

untuk menimbang teliti atas semua perkara yang berhubungan dengan perenggan (1)(a) hingga (g);

(e)

untuk menyebarkan maklumat dan analisis terhadap semua perkara yang berhubungan dengan Akta ini; dan

(f)

untuk menjalankan apa-apa fungsi lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

(3)

Jika Menteri menentukan bahawa Majlis hendaklah menasihati dan membuat syor kepada Kerajaan atas perkara di bawah perenggan (1)(a) hingga (g), Majlis hendaklah bermesyuarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.

Syor oleh Majlis