Malaysia legislation
Section 57
Seksyen 57
(a)
dia mati;
(b)
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
(c)
dia dihukum bankrap oleh suatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa;
(d)
dia telah didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal atau selainnya menjadi tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
(e)
dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi, atau dalam hal
Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri;
(f)
peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau
(g)
pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.
(2)
Jika jawatan seseorang anggota Majlis kosong, Menteri boleh, jika perlu, melantik orang lain untuk memegang jawatan itu bagi baki tempoh yang dikosongkan oleh anggota itu atau untuk tempoh interim sehingga seorang anggota baharu dilantik ke jawatan itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.
Undang-Undang Malaysia 40
Akta 872
Mesyuarat