Malaysia legislation

Section 58

of AKTA PEKERJA GIG 2025

Seksyen 58

(2)

Suatu notis secara bertulis hendaklah diberikan kepada anggota Majlis sekurang-kurangnya tiga hari sebelum mesyuarat diadakan.

(3)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat

Majlis dan—

(a)

dalam ketiadaan Pengerusi pada mana-mana mesyuarat

Majlis kerana apa-apa sebab, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu; atau

(b)

dalam ketiadaan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi pada mana-mana mesyuarat Majlis kerana apa-apa sebab, mana-mana anggota Majlis yang lain yang dilantik oleh

Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

(4)

Kuorum mesyuarat Majlis hendaklah dua pertiga daripada anggota Majlis, termasuk Pengerusi.

(5)

Tiap-tiap anggota Majlis yang hadir pada mesyuarat Majlis berhak mendapat satu undi.

(6)

Jika terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi,

Timbalan Pengerusi atau mana-mana anggota Majlis yang mempengerusikan mesyuarat Majlis di bawah subseksyen (1)

hendaklah mempunyai undi pemutus.

Minit