Malaysia legislation

Section 75

of AKTA PEKERJA GIG 2025

Seksyen 75

(2)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

(3)

Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa lanjutan masa sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Pekerja Gig 47

(4)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini—

(a)

tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan

(b)

apa-apa dokumen atau benda yang disita yang berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh

Ketua Pengarah, tertakluk kepada terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.

(5)

Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Pekhidmat awam