Malaysia legislation
Section 83
Seksyen 83
Bagi maksud Bahagian ini, entiti kontrak yang merupakan penyedia platform hendaklah mempunyai kewajipan—
(a)
untuk mengemukakan maklumat pekerja gig kepada
Pertubuhan dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan;
(b)
untuk memastikan pendaftaran pekerja gig di bawah
Skim Keselamatan Sosial Bekerja Sendiri yang ditadbir oleh Pertubuhan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017
[Akta 789] dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan;
(c)
untuk membuat potongan daripada pendapatan pekerja gig dan mencarum kepada skim keselamatan sosial yang ditadbir oleh Pertubuhan bagi pihak pekerja gig dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan;
(d)
untuk melaksanakan potongan caruman mandatori dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan dan mengikut peratusan amaun caruman sebagaimana yang ditetapkan;
Undang-Undang Malaysia 50
Akta 872
(e)
untuk memberitahu pekerja gig supaya membayar amaun kekurangan daripada caruman bulanan minimum kepada
Pertubuhan dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan, jika amaun caruman yang dipotong oleh penyedia platform tidak mencapai kadar minimum caruman berdasarkan kepada pendapatan bulanan yang diinsuranskan yang dipilih di bawah
Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017;
(f)
untuk memberitahu pekerja gig supaya memilih amaun caruman bulanan yang kena dibayar kepada Pertubuhan jika caruman yang dipotong oleh penyedia platform melebihi kadar minimum caruman berdasarkan kepada pendapatan bulanan yang diinsuranskan yang dipilih di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017
dalam tempoh masa dan mengikut cara yang ditetapkan;
(g)
untuk menyediakan suatu mekanisme dalam sistem pengantara digitalnya yang boleh menghubungkan sistem
Pertubuhan bagi maksud skim keselamatan sosial dan apa-apa perkara yang berhubungan dengannya dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan; dan
(h)
untuk melaksanakan apa-apa langkah yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan kebajikan pekerja gig sebagaimana yang diarahkan oleh Pertubuhan dalam apa-apa program kerjasama antara Pertubuhan dengan entiti kontrak.
Liabiliti entiti kontrak