Malaysia legislation

Section 85

of AKTA PEKERJA GIG 2025

Seksyen 85

Pekerja Gig 51

Jika mana-mana orang, bagi maksud menyebabkan apa-apa pembayaran caruman atau faedah di bawah Bahagian ini—

(a)

membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa pernyataan palsu atau representasi palsu; atau

(b)

membuat secara bertulis atau menandatangani apa-apa akuan, borang, laporan, perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Bahagian ini yang tidak benar atau tidak betul dalam apa-apa butir-butir yang material, boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Hukuman bagi kemungkiran membayar caruman, dsb.