Malaysia legislation
Section 86
Seksyen 86
Jika mana-mana orang—
(a)
tidak membayar apa-apa caruman atau apa-apa potongan caruman yang kena dibayar di bawah Bahagian ini atau tidak membayar mengikut mekanisme sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan;
Undang-Undang Malaysia 52
Akta 872
(b)
memotong atau cuba memotong caruman yang tidak ditentukan oleh Pertubuhan;
(c)
tidak atau enggan mengemukakan apa-apa penyata, rekod atau apa-apa dokumen yang dikehendaki di bawah
Akta ini;
(d)
membuat suatu penyata, rekod atau dokumen palsu;
(e)
menghalang seseorang Pemeriksa, pegawai dan pekhidmat atau pegawai rasmi lain Pertubuhan dalam menunaikan kewajipannya; atau
(f)
tidak mematuhi apa-apa kehendak Bahagian ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, jika disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Perintah mahkamah berkenaan dengan caruman yang genap masa dan kena dibayar kepada Pertubuhan