Malaysia legislation

Section 8

of AKTA PEKERJA GIG 2025

Seksyen 8

(a)

hendaklah dimaklumkan terma dan syarat perjanjian perkhidmatan yang dipersetujui;

(b)

hendaklah dimaklumkan perkhidmatan yang dipersetujui untuk dilaksanakan;

(c)

hendaklah dimaklumkan kadar dan butiran pendapatan yang dipersetujui sebelum pekerja gig itu bersetuju untuk melaksanakan perkhidmatan;

(d)

hendaklah dimaklumkan kaedah pembayaran pendapatan, tip dan ganjaran, dan faedah lain;

(e)

hendaklah menerima pendapatan bagi perkhidmatan yang diberikan dalam tempoh sebagaimana yang dipersetujui oleh entiti kontrak dan pekerja gig;

(f)

hendaklah dirundingi dan dimaklumkan jika terdapat apa-apa perubahan terma dan syarat perjanjian perkhidmatan;

(g)

hendaklah tidak ditamatkan perkhidmatannya tanpa alasan atau sebab yang munasabah; dan

(h)

hendaklah disediakan dengan apa-apa mekanisme penyelesaian pertikaian.

(2)

Sebagai tambahan kepada hak yang disebut dalam subseksyen (1), seseorang pekerja gig yang membuat perjanjian perkhidmatan dengan penyedia platform—

(a)

hendaklah dimaklumkan tentang sistem pemantauan berautomat melalui cara elektronik yang digunakan oleh penyedia platform untuk memantau, menyelia atau menilai pekerja gig, termasuklah akibat yang berbangkit daripadanya;

Pekerja Gig 15

(b)

hendaklah dimaklumkan tentang sistem pembuatan keputusan berautomat melalui cara elektronik yang digunakan oleh penyedia platform untuk membuat keputusan yang berhubungan dengan penugasan perkhidmatan dan suasana kerja pekerja gig; dan

(c)

hendaklah disediakan dengan mekanisme kajian semula tidak berautomat kepada sistem yang disebut dalam perenggan (a) dan (b) yang digunakan oleh penyedia platform.

(3)

Apa-apa terma dan syarat dalam perjanjian perkhidmatan yang berupa sebagai berkontrak keluar atau mengenepikan hak pekerja gig hendaklah batal dan tidak sah.

Larangan terhadap entiti kontrak berkenaan dengan perbuatan tertentu