Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Entiti kontrak tidak boleh—
(a)
mengenakan apa-apa syarat dalam perjanjian perkhidmatan yang bertujuan untuk menghalang hak pekerja gig untuk membuat apa-apa perjanjian dengan pihak lain;
(b)
mendiskriminasi mana-mana pekerja gig berhubung dengan suasana kerja, penugasan perkhidmatan atau pembayaran pendapatan; atau
(c)
menamatkan perjanjian perkhidmatan tanpa alasan atau sebab yang munasabah.
Hak pekerja gig untuk menyertai, mengambil bahagian dalam atau menubuhkan persatuan pekerja gig