Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(2)
Apabila pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong tidak mematuhi skim pengendalian melombong yang diluluskan itu, Pengarah hendaklah menyiasat perkara itu dan boleh memerintahkan pemegang lesen atau pajakan itu supaya —
(a)
mengusahakan segala langkah yang perlu bagi memastikan skim pengendalian melombong yang
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
diluluskan itu dipatuhi; atau
(b)
menggantungkan kerja pembangunan atau perlombongan sehingga langkah-langkah yang perlu diambil untuk mematuhi skim pengendalian melombong yang diluluskan itu.
(3)
Apa-apa langkah yang diambil untuk mematuhi suatu perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) tidak berkuat kuasa untuk melepaskan mana-mana pemegang lesen atau pajakan itu daripada apa-apa liabiliti yang berbangkit di bawah subseksyen
(1)
.
Amalan baik dan selamat dan standard alam sekeliling