Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Pengurus lombong
(a)
terdapat sepuluh orang atau lebih diambil kerja di lombong itu; atau
(b)
Penolong Pengarah telah memberitahu pemegang lesen atau pajakan itu bahawa seorang pengurus adalah dikehendaki, melantik seorang pengurus lombong.
(2)
Pelantikan seseorang pengurus di bawah subseksyen (1)
hendaklah dengan kelulusan Penolong Pengarah.
(3)
Jika pengurus yang dilantik di bawah subseksyen (1) terhenti daripada menjadi pengurus lombong itu, pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong hendaklah dalam
Pembangunan Mineral 19
masa tiga hari dari tarikh pemberhentian itu melantik pengurus lain dengan kelulusan Penolong Pengarah.
(4)
Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong boleh melantik sekian bilangan penolong pengurus yang perlu bagi membantu pengurus, apa-apa pelantikan itu hendaklah dengan kelulusan Penolong Pengarah.
(5)
Jika pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong adalah orang sebenar, dia boleh, tertakluk kepada kelulusan Penolong Pengarah dan peruntukan Akta ini, melantik dirinya sendiri sebagai pengurus lombong itu.
(6)
Tiada seorang pun yang telah dilantik pengurus mana-mana lombong boleh, semasa dia memegang pelantikan itu, bertindak sebagai pengurus mana-mana lombong lain tanpa kelulusan bertulis Penolong Pengarah.
(7)
Seseorang pengurus yang dilantik di bawah subseksyen (1)
hendaklah —
(a)
bertanggungjawab bagi kawalan dan pengawasan harian lombong yang dia telah dilantik pengurus; dan
(b)
tinggal berdekatan dengan lombong itu melainkan jika dikecualikan secara bertulis oleh Penolong Pengarah.
(8)
Jika seseorang pengurus dikehendaki di bawah Akta ini, tiada kerja boleh dijalankan di lombong itu melainkan jika —
(a)
kehendak seksyen ini telah dipatuhi; dan
(b)
pengurus itu mengawasi pengerjaan lombong itu.
(9)
Jika pengerjaan dalam mana-mana lombong melampaui atau dipisahkan oleh apa-apa jarak yang kawalan dan pengawasan harian oleh seorang pengurus adalah, pada pendapat Penolong Pengarah, tidak mencukupi, dia boleh menghendaki supaya seorang pengurus dilantik untuk mengawal dan mengawasi mana-mana pengerjaan itu sebagaimana yang ditentukan olehnya, dan sesudah itu seorang pengurus hendaklah dilantik mengikut Akta ini bagi pengerjaan yang ditentukan sedemikian.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
(10)
Jika seorang pengurus yang dilantik di bawah seksyen ini menjadi tidak upaya daripada melaksanakan kewajipannya atau akan tidak hadir di lombong itu lebih dari dua hari dia, atau pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong, hendaklah, jika tiada penolong pengurus yang telah dilantik, melantik, dengan kelulusan Penolong Pengarah, mana-mana orang lain untuk bertindak sebagai pengurus selama ketidakupayaan atau ketidakhadiran itu.
(11)
Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong dan tiap-tiap pengurus, penolong pengurus dan orang yang dilantik di bawah subseksyen (10) hendaklah memastikan keselamatan segala pengendalian di lombong itu dan pematuhan peruntukan Akta ini.
Arahan oleh pengurus lombong