Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(2)
Penolong Pengarah hendaklah, apabila menerima suatu aduan yang dibuat secara bertulis memerihalkan kegagalan mana-mana orang untuk mematuhi peruntukan subseksyen (1), menyiasat mengenai aduan itu, dan boleh pada bila-bila masa memerintahkan orang yang diadukan itu untuk —
(a)
mengusahakan langkah-langkah yang perlu untuk memastikan bahawa standard kualiti air dipatuhi; atau
(b)
menggantungkan perlombongan sehingga apa-apa langkah diambil untuk mematuhi standard kualiti air.
(3)
Apa-apa langkah yang diambil untuk mematuhi suatu perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) tidak berkuat kuasa untuk melepaskan mana-mana orang daripada apa-apa liabiliti yang berbangkit di bawah subseksyen (1).
Hakisan