Malaysia legislation
Section 38
Seksyen 38
(2)
Jika apa-apa buku, dokumen atau surat yang di bawah keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang menamakan atau memperihalkan pemberi maklumat atau yang mungkin membawa kepada dirinya diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan segala petikan tersebut disembunyikan daripada
Pembangunan Mineral 39
pandangan atau dipadamkan setakat perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.
(3)
Jika dalam perbicaraan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini mahkamah selepas siasatan penuh ke atas kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam pengaduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu atau tidak mempercayai sebagai benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak boleh dijalankan sepenuhnya antara pihak-pihak terhadap prosiding itu tanpa identiti pemberi maklumat itu diketahui, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki supaya aduan asal jika bertulis dikemukakan, dan membenarkan siasatan, dan menghendaki pendedahan sepenuhnya, mengenai pemberi maklumat itu.