Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Tafsiran
(a)
dengan cara semula jadi;
(b)
hasil daripada perlombongan di dalam atau di atas tanah;
atau
(c)
hasil daripada perlombongan di dalam atau di bawah laut atau dasar laut, terbentuk oleh atau tertakluk kepada suatu proses geologi, tetapi tidaklah termasuk air, “bahan batu-batan” sebagaimana ditafsirkan dalam Kanun
Tanah Negara [Akta 56/1965] dan “petroleum” sebagaimana ditafsirkan dalam Akta Melombong Petroleum 1966 [Akta 95];
“notis” termasuk apa-apa pemberitahuan, taksiran, surat cara atau dokumen lain yang dibenarkan atau dikehendaki oleh Akta ini supaya disampaikan kepada mana-mana orang atau badan;
“olah” ertinya menjadi tertakluk kepada apa-apa proses yang mana perubahan kimia atau fizikal berlaku dalam bahan yang ditaklukkan kepada proses itu;
“pajakan melombong” ertinya suatu pajakan melombong yang sedang berkuat kuasa yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang mengawal selia perlombongan;
“pegawai galian” ertinya Ketua Pengarah Galian, mana-mana
Pengarah Galian, Penolong Pengarah Galian, Pembantu Kanan Galian,
Pembantu Galian atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa sewajarnya secara bertulis oleh Ketua Pengarah;
Pembangunan Mineral 11
“pegawai polis” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Polis 1967 [Akta 344];
“pemprosesan mineral” ertinya apa-apa aktiviti yang dengannya mineral atau bijih mineral diolah bagi penceriaannya tetapi tidaklah termasuk peleburan dan pembersihan;
“Pengarah” ertinya seorang Pengarah Galian yang dilantik di bawah seksyen 4 dan termasuk mana-mana Timbalan Pengarah Galian;
“pengurus” ertinya orang yang dilantik sebagai pengurus di bawah seksyen 14;
“Penolong Pengarah” ertinya seorang Penolong Pengarah Galian yang dilantik di bawah seksyen 4;
“sampel” ertinya sesuatu pecahan benda yang terjadi dengan cara semula jadi yang disifatkan sebagai menunjukkan jisim yang daripadanya ia menjadi sebahagian;
“skim pengendalian melombong” ertinya suatu skim pengendalian melombong yang diluluskan di bawah seksyen 10;
“spesimen” ertinya sesuatu pecahan benda yang terjadi dengan cara semula jadi yang tidak semestinya merupakan jisim yang daripadanya ia menjadi sebahagian;
“tanah lombong” ertinya mana-mana tanah yang baginya suatu lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong yang dikeluarkan atau diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan perlombongan sedang berkuat kuasa;
“tenemen mineral” ertinya suatu lesen memfosik, lesen mendulang, lesen melombong individu, lesen mencari gali, lesen penjelajahan, lesen melombong tuan punya, pajakan melombong, atau mana-mana daripadanya bagi maksud penjelajahan atau perlombongan mineral atau bijih mineral, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang Persekutuan atau
Negeri yang mengawal selia tenemen mineral.
(2)
Tertakluk kepada subseksyen (1) dan melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, segala perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang ditafsirkan dalam
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
Kanun Tanah Negara hendaklah disifatkan sebagai mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Kanun itu.