Malaysia legislation
Section 44
Seksyen 44
Kesalahan berkenaan dengan maklumat
(a)
mengemukakan maklumat palsu dalam apa-apa permohonan, laporan atau dokumen lain di bawah Akta ini;
(b)
memberikan atau menyebabkan supaya diberikan kepada mana-mana pegawai galian apa-apa butir, maklumat atau pernyataan palsu berkenaan dengan apa-apa perkara yang pegawai itu menghendaki diberikan di bawah Akta ini;
Pembangunan Mineral 41
(c)
enggan menjawab atau memberi suatu jawapan palsu kepada apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya oleh mana-mana pegawai galian bagi maksud mendapatkan apa-apa butir, maklumat atau pernyataan yang dikehendaki diberikan di bawah Akta ini;
(d)
melancung, memalsukan atau menggunakan apabila dilancungkan atau dipalsukan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh Akta ini atau apa-apa surat cara yang digunakan dalam menjalankan apa-apa urusan atau perkara di bawah Akta ini;
(e)
mengubah apa-apa dokumen atau surat cara atau melancung meterai, tandatangan, tandatangan ringkas atau tanda lain bagi atau yang digunakan oleh mana-mana pegawai galian bagi penentusahan mana-mana dokumen atau surat cara itu atau bagi apa-apa maksud lain dalam menjalankan apa-apa urusan atau perkara di bawah Akta ini;
(f)
memperdaya mana-mana pegawai galian, secara fraud atau selainnya, dengan mengeluarkan apa-apa dokumen atau membuat atau menyebabkan supaya dibuat apa-apa catatan dalam apa-apa buku, dokumen atau surat cara yang disimpan bagi maksud Akta ini untuk membolehkan mana-mana orang menggerakkan, mengangkut, menghantar atau mengeksport bijih mineral mengikut apa-apa cara selain cara yang ditetapkan;
(g)
membuat atau cuba untuk membuat atau menyebabkan supaya dibuat apa-apa catatan tidak betul dalam apa-apa buku, dokumen atau surat cara yang disimpan bagi maksud
Akta ini;
(h)
menggunakan atau cuba untuk menggunakan apa-apa kesilapan dalam apa-apa buku, dokumen atau surat cara, atau apa-apa catatan tidak betul dalam apa-apa buku, dokumen atau surat cara yang disimpan bagi maksud Akta ini; atau
(i)
gagal atau enggan mengemukakan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh mana-mana pegawai galian,
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(2)
Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini, apabila telah dibuktikan bahawa apa-apa permohonan, maklumat, pernyataan, buku, dokumen atau surat cara adalah palsu, tidak betul, mengelirukan atau dilancungkan keseluruhannya atau sebahagiannya tentang apa-apa butir material, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa permohonan, maklumat, pernyataan, buku, dokumen atau surat cara itu adalah palsu, tidak betul, mengelirukan atau dilancungkan tentang sesuatu butir material, mengikut kehendak keadaan, kepada pengetahuan orang yang membekalnya:
Dengan syarat bahawa orang itu tidaklah boleh didapati melakukan suatu kesalahan jika dia membuktikan bahawa dia telah bertindak dengan suci hati dan tidak ada alasan yang munasabah untuk menyangka bahawa permohonan, maklumat, pernyataan, buku, dokumen atau surat cara itu adalah palsu, tidak betul, mengelirukan atau dilancungkan.
Kehilangan atau kebinasaan apa-apa benda yang disita