Malaysia legislation

Section 46

of *AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994

Seksyen 46

Perbuatan cuai

(a)

apabila diambil kerja dalam atau dekat dengan sesuatu lombong atau tapak penjelajahan melakukan apa-apa perbuatan mengikut cara yang mungkin boleh menyebabkan bahaya atau kerosakan kepada mana-mana orang dalam atau dekat dengan lombong atau tapak penjelajahan itu atau tidak mengambil apa-apa langkah

Pembangunan Mineral 43

berjaga-jaga yang perlu bagi memastikan keselamatan mana-mana orang dalam atau dekat dengan tempat itu;

atau

(b)

melainkan jika dibenarkan dengan sewajarnya bagi maksud itu memindahkan, mengubah atau menjadikan tidak berkesan apa-apa benda dalam atau dekat dengan sesuatu lombong atau tapak penjelajahan yang disediakan bagi keselamatan, kesihatan atau kesejahteraan mana-mana orang, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Menggalang pegawai galian