Malaysia legislation
Section 51
Seksyen 51
Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan
Jika seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan kesalahan di bawah Akta ini adalah suatu pertubuhan perbadanan, tiap-tiap orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan, adalah seorang pengarah urusan, pengurus atau pegawai serupa itu yang lain dalam pertubuhan perbadanan itu, boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu, dan jika pertubuhan perbadanan itu disabitkan dengan kesalahan yang dipertuduhkan, maka tiap-tiap pengarah urusan, pengurus atau pegawai itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.