Malaysia legislation

Section 58

of *AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994

Seksyen 58

(a)

selama tempoh tiga tahun dari tarikh laporan itu dikemukakan; atau

Pembangunan Mineral 47

(b)

selama tempoh satu tahun dari tarikh habis tempoh lesen itu, mengikut mana-mana tempoh yang mula-mula habis tempoh sedemikian, kecuali dengan keizinan bertulis pemegang lesen mencari gali atau lesen penjelajahan itu.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (4), tiada maklumat yang terkandung dalam apa-apa laporan yang dikemukakan sebagaimana yang dikehendaki oleh mana-mana pejabat atau pegawai Kerajaan berkenaan dengan mana-mana lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong boleh didedahkan oleh pejabat atau pegawai itu selama tempoh satu tahun dari tarikh habis tempoh lesen atau pajakan itu kecuali dengan keizinan bertulis pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong itu.

(3)

Segala maklumat yang dikemukakan bagi menyokong sesuatu permohonan bagi suatu tenemen mineral atau bagi pembaharuannya dan dibekalkan kepada mana-mana pejabat atau pegawai Kerajaan hendaklah disimpan sulit oleh pejabat atau pegawai itu—

(a)

jika permohonan itu ditolak, selama tempoh enam bulan dari tarikh penolakan itu; atau

(b)

jika permohonan itu diluluskan, selama tempoh enam bulan dari tarikh habis tempoh lesen atau pajakan itu.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1), (2) atau (3) boleh berkuat kuasa untuk menghalang pendedahan maklumat jika pendedahan itu dibuat ─

(a)

bagi atau berkaitan dengan pentadbiran sewajarnya Akta ini;

(b)

bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang;

(c)

bagi maksud apa-apa penyiasatan atau siasatan yang dijalankan di bawah Akta ini;

(d)

kepada mana-mana perunding kepada Kerajaan atau kepada mana-mana pegawai yang diluluskan secara bertulis oleh Menteri sebagai orang yang layak untuk menerima maklumat itu; atau 48 Undang-Undang Malaysia AKTA 525

(e)

bagi atau berkaitan dengan penyediaan perangkaan oleh

Kerajaan berkenaan dengan pengendalian penjelajahan atau perlombongan.

Larangan penyalahgunaan maklumat yang didapati atas sifat rasmi

Section 58 — AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994 | mylaw.my