Malaysia legislation

Section 63

of *AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994

Seksyen 63

(2)

Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan tersebut boleh—

(a)

tertakluk kepada hak-hak pemegang sesuatu teneman mineral, menentukan mineral dan bijih mineral tertentu yang dijadikan tertakluk kepada kehendak pelesenan bagi pemilikan, pembelian, penjualan, penggerakan, pengangkutan, penyimpanan dan pemprosesan mineral;

(b)

mengawal dan mengawal selia pengeluaran, pemilikan, pembelian, penjualan, penghantaran dan pengeksportan mineral dan bijih mineral untuk memenuhi obligasi yang dikenakan oleh pertubuhan antarabangsa yang Malaysia adalah ahlinya, tanpa menjejaskan walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai perkara itu;

(c)

menetapkan langkah-langkah perlindungan alam sekeliling, standard efluen, standard bunyi, standard getaran dan standard lain dan cara bagi melindungi alam sekeliling:

Dengan syarat bahawa apa-apa langkah, standard atau cara itu tidak boleh bercanggah dengan mana-mana peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127];

(d)

menetapkan kehendak dan standard bagi penggunaan ejen bahan letupan dan ledakan, bahan berbahaya dan toksik, penganginan, keadaan sanitasi dan kebersihan dalam kawasan penjelajahan dan perlombongan;

Pembangunan Mineral 51

(e)

secara am menetapkan dan membuat peruntukan bagi fi di bawah Akta ini dan cara untuk memungut dan pembayaran balik fi itu;

(f)

menetapkan pengemukaan oleh mana-mana pemunya atau pengurus mana-mana lombong penyata perangkaan dan penyimpanan dan pengemukaan buku dan pelan oleh mereka;

(g)

menetapkan kandungan yang dikehendaki bagi mana-mana skim pengendalian melombong, pelan, laporan atau buku rekod sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini;

(h)

menetapkan tatacara apa-apa prosiding bagi penjalanan apa-apa siasatan di bawah Akta ini;

(i)

mengadakan peruntukan bagi keselamatan pekerja dalam kawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan dan perlombongan;

(j)

menetapkan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang boleh dikompaunkan dan cara dan tatacara bagi mengkompaunkan kesalahan itu;

(k)

membuat peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang pada amnya menguatkuasakan peruntukan Akta ini.

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, boleh menetapkan denda selanjutnya sebanyak dua ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 525