Malaysia legislation

Section 13

of AKTA PEMBANGUNAN SUKAN (PINDAAN) 2018

Seksyen 13

Seksyen 36 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4)  Mana-mana syarikat yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(5)

Jika suatu kesalahan di bawah seksyen ini telah dilakukan oleh suatu syarikat, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa

Pembangunan Sukan (Pindaan)

13

lain bagi syarikat itu atau yang berupa bertindak atas mana-mana sifat sedemikian atau yang dengan apa-apa cara atau pada apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat itu atau yang membantu dalam pengurusannya—

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat itu; dan

(b)

jika syarikat itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya;

dan

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.”.

Pindaan seksyen 38

Section 13 — AKTA PEMBANGUNAN SUKAN (PINDAAN) 2018