Malaysia legislation

Section 28

of AKTA PEMBANGUNAN SUKAN (PINDAAN) 2018

Seksyen 28

(a)

seorang Pengerusi;

(b)

dua orang anggota yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman, kelayakan atau menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan sukan, atau selainnya sesuai bagi pelantikan disebabkan oleh pengetahuan dan kemahiran khas mereka; dan

(c)

dua orang anggota yang disifatkan patut oleh Menteri.

(2)

Pengerusi dan anggota Jawatankuasa Pertikaian Sukan hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.

Pembangunan Sukan (Pindaan)

(3)

Anggota Jawatankuasa Pertikaian Sukan hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun yang ditentukan oleh

Menteri setelah berunding dengan Menteri Kewangan.

(4)

Jawatan seseorang anggota Jawatankuasa Pertikaian

Sukan yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi kosong—

(a)

jika dia mati;

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama lebih daripada dua tahun;

(c)

jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;

(d)

jika dia tidak menghadiri persidangan Jawatankuasa

Pertikaian Sukan tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri;

(e)

jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau

(f)

jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.

(5)

Jika seseorang anggota yang dilantik di bawah subseksyen (1) terhenti menjadi anggota Jawatankuasa

Pertikaian Sukan, Menteri boleh melantik seorang yang lain untuk mengisi kekosongan itu dan mana-mana orang yang dilantik sedemikian hendaklah memegang jawatan bagi baki tempoh itu.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1570

(6)

Pengerusi atau mana-mana anggota Jawatankuasa

Pertikaian Sukan boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa dengan memberikan notis secara bertulis kepada Menteri.

(7)

Pada mana-mana prosiding Jawatankuasa Pertikaian

Sukan, kuorum hendaklah terdiri tidak kurang daripada tiga orang anggota, termasuk Pengerusi, dan jika Pengerusi tiada, mana-mana anggota yang hadir pada prosiding itu boleh dilantik sebagai Pengerusi oleh anggota lain yang hadir.

Setiausaha kepada Jawatankuasa Pertikaian Sukan dan pegawai lain

Section 28 — AKTA PEMBANGUNAN SUKAN (PINDAAN) 2018