Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PEMBANGUNAN SUKAN (PINDAAN) 2018

Seksyen 3

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian III

Bahagian yang berikut:

“Bahagian IIIa

MAJLIS PARALIMPIK MALAYSIA DAN PERSATUAN

SUKAN ORANG PEKAK MALAYSIA

Majlis Paralimpik Malaysia 9a.  (1)  Majlis Paralimpik Malaysia adalah diiktiraf sebagai

Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan bagi Malaysia oleh

Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa.

(2)

Majlis Paralimpik Malaysia adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa penyertaan Malaysia dalam Sukan

Paralimpik, Sukan Paralimpik Asia dan pertandingan olahraga antarabangsa yang lain adalah mengikut kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa,

Jawatankuasa Paralimpik Asia dan badan sukan antarabangsa yang lain yang Majlis Paralimpik Malaysia adalah anggota gabungannya.

Pembangunan Sukan (Pindaan)

5

Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia 9b.  (1)  Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia adalah diiktiraf sebagai Persekutuan Sukan Orang Pekak Kebangsaan bagi

Malaysia oleh Jawatankuasa Sukan Orang Pekak Antarabangsa.

(2)

Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa penyertaan

Malaysia dalam Deaflympics, Sukan Orang Pekak Asia Pasifik dan pertandingan olahraga antarabangsa yang lain adalah mengikut kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan Jawatankuasa

Sukan Orang Pekak Antarabangsa, Konfederasi Sukan Orang

Pekak Asia Pasifik dan badan sukan antarabangsa yang lain yang Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia adalah anggota gabungannya.”.

Pindaan seksyen 11

Section 3 — AKTA PEMBANGUNAN SUKAN (PINDAAN) 2018 | mylaw.my