Malaysia legislation

Section 6

of AKTA PEMBANGUNAN SUKAN (PINDAAN) 2018

Seksyen 6

Pindaan seksyen 20

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Pesuruhjaya hendaklah membatalkan pendaftaran sesuatu badan sukan jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa badan sukan itu—

(a)

didaftarkan akibat daripada suatu fraud atau kesilapan atau salah nyataan dalam apa-apa butir-butir material; atau

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1570

(b)

tidak aktif atau bukan lagi entiti yang patut dan wajar didaftarkan untuk mewakili sukannya dalam mana-mana Negeri atau di Malaysia.”;

dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1)

subseksyen yang berikut:

“(1a)  Pesuruhjaya boleh menggantung pendaftaran sesuatu badan sukan jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa badan sukan itu—

(a)

tidak mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen 18;

(b)

melanggar mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(c)

tidak atau cuai untuk meremedikan apa-apa amalan salah, salah laku atau ketidakteraturan di pihak pemegang jawatannya atau anggotanya dalam tempoh yang ditentukan dalam notis bertulis yang diberikan oleh Pesuruhjaya;

(d)

tidak bekerjasama atau menjadi penghalang dalam pelaksanaan peraturan-peraturan, dasar atau garis panduan yang dibuat di bawah atau menurut kuasa di bawah Akta ini; atau

(e)

tidak atau cuai untuk menjalankan apa-apa aktiviti dan hal ehwal badan sukannya mengikut perlembagaannya.”.

Pindaan seksyen 21

Section 6 — AKTA PEMBANGUNAN SUKAN (PINDAAN) 2018 | mylaw.my