Malaysia legislation

Section 11

of AKTA PEMBANTU PERUBATAN (PENDAFTARAN) 1977

Seksyen 11

(2)

Sesuatu permohonan untuk membaharui perakuan itu hendaklah dibuat tidak lewat daripada 30 haribulan September tiap-tiap satu tahun dan Lembaga hendaklah memberikan keputusan mengenainya dan membaharui atau enggan membaharui perakuan itu dan hendaklah dalam salah satu hal menyampaikan keputusannya kepada orang yang berkenaan itu tidak lewat daripada 30 haribulan

November dalam tahun yang sama.

(3)

Pada menimbangkan sesuatu permohonan bagi membaharui perakuan itu, Lembaga boleh menjalankan kuasa yang sama berkenaan dengannya seperti yang boleh dijalankannya pada menimbangkan sesuatu permohonan pendaftaran di bawah Akta ini.

Catatan dalam daftar dan perakuan hendaklah ditandatangani oleh pendaftar

Section 11 — AKTA PEMBANTU PERUBATAN (PENDAFTARAN) 1977