Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(a)
lulus peperiksaan yang ditetapkan dan menamatkan dengan jayanya sesuatu kursus latihan yang ditetapkan dalam mana-mana institusi yang dinyatakan dalam perenggan 7(1)(a) sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga bagi maksud itu atau dalam sesuatu pusat latihan; atau
(b)
memuaskan hati Lembaga bahawa ia telah pada permulaan kuat kuasa Akta ini lulus sesuatu peperiksaan yang pada pendapat Lembaga adalah mencukupi untuk melayakkannya didaftarkan di bawah Akta ini, berhak didaftarkan di bawah Akta ini, atas permohonan yang dibuat dalam borang yang ditetapkan dan setelah mematuhi dengan sewajarnya semua kehendak yang ditetapkan dan memberikan apa-apa butir sebagaimana yang diminta oleh Lembaga.
(2)
Walau apa pun subsekyen (1), Lembaga boleh enggan mendaftarkan seseorang itu jika difikirkannya patut berbuat demikian.
(3)
Mana-mana orang yang terkilan dengan sesuatu keputusan
Lembaga yang dibuat di bawah subsekyen (2) boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Menteri dan rayuan itu hendaklah dibuat dan diselesaikan sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 17.
Mencatatkan nama dalam daftar dan mengeluarkan perakuan pendaftaran