Malaysia legislation
Section 10
of AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025
Seksyen 10
Jawatan anggota yang dilantik di bawah perenggan 7(1)(d)
hendaklah dikosongkan jika—
(a)
dia mati;
(b)
kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Agensi atau selainnya, telah memburukkan nama Agensi;
(c)
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
kesalahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan lebih daripada dua tahun;
(d)
dia menjadi bankrap;
16
Undang-Undang Malaysia
Akta 870
(e)
dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
(f)
dia tidak menghadiri mesyuarat Agensi tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;
(g)
peletakan jawatannya diterima oleh Menteri;
(h)
pelantikannya dibatalkan oleh Menteri; atau
(i)
tempoh pelantikannya telah tamat.
Mesyuarat Agensi