Malaysia legislation

Section 14

of AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025

Seksyen 14

Pelantikan entiti teknikal kompeten

(a)

pemerangkapan karbon;

(b)

pengangkutan karbon dioksida;

(c)

penggunaan karbon dioksida;

(d)

penyimpanan luar pesisir karbon dioksida; dan

(e)

penyimpanan daratan karbon dioksida.

(2)

Entiti teknikal kompeten yang dilantik di bawah subseksyen (1)

hendaklah menasihati Agensi mengenai apa-apa perkara teknikal dan pengendalian yang berhubungan dengan komponen yang berkaitan entiti itu dilantik dan melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(3)

Seseorang hanya boleh dilantik sebagai entiti teknikal kompeten di bawah subseksyen (1) jika orang itu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang perlu berkenaan dengan komponen yang berkaitan bagi pemerangkapan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan karbon.

18

Undang-Undang Malaysia

Akta 870

(4)

Mana-mana entiti teknikal kompeten yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah menggunakan usaha yang munasabah dalam menunaikan kewajipannya.

(5)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh ditafsirkan sebagai memberikan kuasa kepada Menteri untuk melantik suatu entiti teknikal kompeten bagi apa-apa maksud selain daripada maksud yang dinyatakan dalam subseksyen (1).

Section 14 — AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025