Malaysia legislation
Section 20
of AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025
Seksyen 20
(2)
Suatu permohonan bagi suatu permit import di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Agensi dalam apa-apa cara dan disertai dengan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen dan pembayaran fi sebagaimana ditetapkan.
(3)
Suatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permit import itu diberikan atau ditolak.
(4)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.