Malaysia legislation
Section 24
of AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025
Seksyen 24
(2)
Suatu permohonan bagi permit penilaian luar pesisir di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Agensi dalam cara dan disertai dengan fi sebagaimana yang ditetapkan.
(3)
Suatu permohonan bagi permit penilaian pesisir di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permit penilaian luar pesisir itu diberikan atau ditolak.
(4)
Agensi boleh pada bila-bila masa selepas permohonan di bawah subseksyen (2) dan sebelum permohonan itu ditentukan, melalui suatu notis bertulis, meminta pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh yang dinyatakan.
(5)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.
Pemberian permit penilaian luar pesisir