Malaysia legislation
Section 26
of AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025
Seksyen 26
Akta 870
(2)
Suatu permohonan bagi lesen penyimpanan luar pesisir di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Agensi dalam cara dan disertai dengan fi sebagaimana yang ditetapkan.
(3)
Suatu permohonan bagi lesen penyimpanan luar pesisir di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum lesen penyimpanan luar pesisir itu diberikan atau ditolak.
(4)
Agensi boleh pada bila-bila masa selepas permohonan di bawah subseksyen (2) diterima dan sebelum permohonan itu ditentukan, melalui suatu notis bertulis, meminta pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh yang dinyatakan.
(5)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi dua juta ringgit atau kedua-duanya.
Pemberian lesen penyimpanan luar pesisir