Malaysia legislation
Section 32
of AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025
Seksyen 32
(2)
Pemindahan semua obligasi kepada Kerajaan di bawah subseksyen (1) hanya akan berlaku jika—
(a)
suatu tempoh yang ditetapkan telah luput daripada pengeluaran sijil penutupan di bawah subseksyen 31(1);
dan
(b)
syarat lain yang ditetapkan dalam sijil penutupan telah dipenuhi.
(3)
Bagi mengelakkan keraguan, pemindahan obligasi kepada
Kerajaan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak termasuk pemindahan apa-apa liabiliti undang-undang jenayah, kontrak atau sivil yang berkaitan dengan tapak penyimpanan itu yang disebabkan oleh kesalahan, kecuaian atau penipuan pengendali luar pesisir, atau kegagalan pengendali luar pesisir itu untuk menjalankan apa-apa usaha wajar.