Malaysia legislation
Section 35
of AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025
Seksyen 35
(2)
Suatu permohonan bagi lesen penyimpanan daratan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Agensi dalam cara dan disertai dengan fi sebagaimana yang ditetapkan.
(3)
Suatu permohonan bagi lesen penyimpanan daratan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum lesen penyimpanan daratan itu diberikan atau ditolak.
28
Undang-Undang Malaysia
Akta 870
(4)
Agensi boleh pada bila-bila masa selepas permohonan di bawah subseksyen (2) diterima dan sebelum permohonan itu ditentukan, melalui suatu notis bertulis, meminta pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh yang dinyatakan.
(5)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi dua juta ringgit atau kedua-duanya.
Pemberian lesen penyimpanan daratan