Malaysia legislation

Section 22

of AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024

Seksyen 22

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 21 dengan seksyen yang berikut:

“Tempoh pemenjaraan atau tahanan hendaklah disifatkan sebagai tempoh rawatan dan pemulihan.

Quoted provision

Seksyen 21

(a)

yang menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti atau di Pusat Pemulihan atau Pusat

Khidmat di bawah pengawasan

Pegawai Pemulihan; atau

(b)

yang telah diperintahkan untuk menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti atau di Pusat

Pemulihan atau Pusat Khidmat tetapi masih belum mula menjalani rawatan dan pemulihan, dihukum oleh mana-mana mahkamah dengan apa-apa tempoh pemenjaraan atau oleh

Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dengan apa-apa tempoh tahanan, atau ditahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan tahanan pencegahan, pemenjaraan atau tahanan itu hendaklah mengatasi perintah di bawah seksyen 6 dan 6a.

(2)

Tempoh pemenjaraan atau tahanan yang telah dijalani hendaklah disifatkan sebagai tempoh rawatan dan pemulihan dalam komuniti atau di Pusat Pemulihan atau Pusat Khidmat, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hendaklah disifatkan telah dijalani serentak dengan tempoh pemenjaraan atau tahanan itu.

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan)

(3)

Jika setelah tempoh pemenjaraan atau tahanan selesai, masih ada mana-mana bahagian tempoh yang baginya orang itu telah diperintahkan untuk menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti atau di Pusat

Pemulihan atau Pusat Khidmat yang masih belum selesai, orang itu hendaklah menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti atau di Pusat Pemulihan atau Pusat Khidmat, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk baki bahagian tempoh yang belum selesai.

(4)

Dalam tempoh pemenjaraan atau tahanan, penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan itu hendaklah menjalani rawatan dan pemulihan yang dijalankan oleh Pegawai Pemulihan.

(5)

Subseksyen (1), (2) dan (3) tidak terpakai bagi seseorang yang menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti atau di Pusat Pemulihan atau Pusat Khidmat, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah seksyen 8 dan 9.”.

Pindaan seksyen 26

Section 22 — AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024