Malaysia legislation

Section 5

of AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024

Seksyen 5

Pindaan seksyen 2

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan memasukkan sebelum takrif “dadah berbahaya” takrif yang berikut:

‘ “bahan” ertinya mana-mana bahan yang dinyatakan dalam Jadual;’;

(ii)

dalam takrif “Ketua Pengarah”, dengan menggantikan perkataan “subseksyen (2)” dengan perkataan “seksyen 4 Akta Agensi Antidadah

Kebangsaan 2004 [Akta 638]”;

(iii)

dengan memasukkan selepas takrif “Lembaga

Pelawat” takrif yang berikut:

‘ “mengambil” termasuklah makan, mengunyah, menghisap, menelan, minum, menyedut atau memasukkan ke dalam badan dengan apa-apa cara atau melalui apa-apa cara jua;’;

(iv)

dalam takrif “pegawai”, dengan memasukkan selepas perkataan “Pegawai Pemulihan” perkataan

“, mana-mana pegawai Agensi yang dilantik di bawah seksyen 5 Akta Agensi Antidadah

Kebangsaan 2004”;

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan)

(v)

dalam takrif “Pegawai Pemulihan”, dengan menggantikan perkataan “subseksyen (2)” dengan perkataan “seksyen 27a”;

(vi)

dengan menggantikan takrif “penagih dadah”

dengan takrif yang berikut:

‘ “penagih dadah atau bahan” ertinya seseorang yang melalui penggunaan mana-mana dadah berbahaya atau bahan menunjukkan ciri-ciri ketagihan kepada dadah berbahaya atau bahan yang menjejaskan kawalan kendiri yang ditentusahkan melalui ujian;’;

(vii)

dengan memasukkan selepas takrif “pengamal perubatan berdaftar” takrif yang berikut:

‘ “penyalah guna dadah atau bahan” ertinya seseorang yang mengambil dadah berbahaya atau bahan ke dalam badan yang bukan bagi maksud perubatan atau tanpa preskripsi yang sah oleh pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar yang ditentusahkan melalui ujian;’;

(viii)

d e n g a n m e m a s u k k a n s e b e l u m t a k r i f

“Pusat Pemulihan” takrif yang berikut:

‘ “Pusat Khidmat” ertinya institusi yang ditubuhkan di bawah seksyen 10;’; dan

(ix)

dengan menggantikan takrif “ujian-ujian” dengan takrif yang berikut:

‘ “ujian” ertinya semua perbuatan atau tatacara yang dijalankan bagi maksud menentukan sama ada seseorang itu penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan.’; dan

(b)

dengan memotong subseksyen (2).

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1726

Pindaan tajuk Bahagian 2

Section 5 — AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024