Malaysia legislation

Section 20A

of *AKTA PENCETAKAN TEKS AL-QUR'AN 1986

Seksyen 20A

Pengkompaunan kesalahan

(a)

apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan

(b)

kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu.

(2)

Pengerusi Lembaga atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengerusi Lembaga boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum suatu pertuduhan dimulakan, mengkompaun apa-apa kesalahan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun di bawah

Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Pengerusi Lembaga suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.

(3)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

(4)

Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pengerusi Lembaga, pendakwaan

Pencetakan Teks Al-Qur’an 25

bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(5)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2)—

(a)

tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan

(b)

sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an, dokumen, rekod atau apa-apa yang disita yang berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilucuthakkan dan dilupuskan atau dilepaskan oleh Pengerusi Lembaga, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Pengerusi

Lembaga.

(6)

Semua wang yang diterima oleh Pengerusi Lembaga di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Anggapan mengenai pencetak, dll.

Section 20A — AKTA PENCETAKAN TEKS AL-QUR'AN 1986 | mylaw.my