Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Lembaga hendaklah terdiri daripada lima belas orang anggota, tiga belas orang mewakili tiga belas Negeri di Malaysia, seorang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan seorang ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri.
(3)
Anggota bagi Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan
Sarawak dan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 326
anggota bagi Negeri lain hendaklah dilantik oleh Raja masing-masing.
(4)
Setiap anggota yang dilantik hendaklah berkhidmat selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan hendaklah layak untuk dilantik semula.
(4A)
Anggota Lembaga boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis kepada Lembaga dan
Lembaga hendaklah mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong atau Raja masing-masing, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(5)
Lembaga hendaklah, dari semasa ke semasa, memilih seorang
Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi daripada kalangan anggotanya bagi tempoh yang ditentukan oleh Lembaga.
(6)
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang pertama hendaklah dipilih di mesyuarat pertama Lembaga selepas Akta ini mula berkuat kuasa, dan mesyuarat itu hendaklah dipanggil oleh Ketua Setiausaha
Kementerian dan dipengerusikan olehnya sehingga Pengerusi dan
Timbalan Pengerusi dipilih.
(7)
Tertakluk kepada seksyen ini, Lembaga hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri.
(8)
Kuorum bagi sesuatu mesyuarat Lembaga ialah tujuh orang anggota yang hadir.
(9)
Pada menjalankan fungsinya di bawah Akta ini, Lembaga hendaklah tertakluk kepada kawalan, pengawasan dan arahan
Menteri.
(10)
Kementerian hendaklah memberi Lembaga kakitangan, wang dan kemudahan lain yang perlu bagi membolehkannya menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
Pencetakan Teks Al-Qur’an 9
Anggota silih ganti