Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(2)
Sesuatu lesen, setelah dikeluarkan, hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan.
(3)
Tanpa menjejaskan subseksyen (4), jika Lembaga berpuas hati bahawa seseorang yang kepadanya telah dikeluarkan sesuatu lesen telah bertindak dengan melanggar Akta ini atau mana-mana syarat lesen itu, ia boleh, selepas memberi orang itu peluang untuk menunjukkan sebab, membatalkan atau menggantung lesen itu tanpa memberikan apa-apa sebab.
(4)
Jika seseorang yang kepadanya telah dikeluarkan sesuatu lesen dipertuduh melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, lesen yang telah dikeluarkan kepadanya hendaklah dengan serta-merta disifatkan telah digantung dan apabila dia disabitkan atas kesalahan itu, mahkamah hendaklah memerintahkan supaya lesen itu dibatalkan.
(5)
Sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada apa-apa lesen yang dikeluarkan di bawah undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan pelesenan mesin cetak.
(6)
Seseorang yang melanggar peruntukan subseksyen (1)
melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda
Pencetakan Teks Al-Qur’an 11
tidak melebihi *lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(7)
Seseorang yang tidak mematuhi atau yang melanggar mana-mana syarat yang dikepilkan kepada lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi **lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Pengemukaan pruf akhir atau tulisan asal teks Al-Qur’an kepada Lembaga