Malaysia legislation

Section 17

of AKTA PENDAFTARAN KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2003

Seksyen 17

Penamatan pendaftaran kapal layar

(1)

Ketua Pengarah boleh menamatkan pendaftaran sesuatu kapal layar Langkawi—

(a)

jika dia menentukan bahawa dengan mengambil kira perkara yang disebut dalam perenggan 16(1)(c) atau (d), atau subperenggan 16(1)(a)(i), tidaklah membawa faedah kepada kepentingan Pejabat Pendaftaran atau pelayaran kapal layar antarabangsa untuk kapal layar itu terus didaftarkan;

(b)

jika apa-apa fi yang kena dibayar di bawah Akta ini masih belum dibayar bagi tempoh yang melebihi satu tahun;

(c)

jika kapal layar itu tidak lagi berhak untuk didaftarkan di bawah Akta ini;

(d)

atas permohonan oleh pemunya kapal layar Langkawi itu yang menyatakan bahawa dia berniat untuk menamatkan pendaftaran kapal layar itu;

(e)

apabila kapal layar itu binasa sama sekali atau selainnya musnah;

(f)

jika kapal layar itu, selain kapal layar yang dicarter sebagai kapal kosong masih berdaftar di sesuatu tempat di luar

Malaysia pada masa pendaftaran; atau

(g)

jika kapal layar itu kemudiannya didaftarkan di sesuatu tempat di luar Malaysia.

(2)

Sekiranya sesuatu kapal layar Langkawi berada dalam keadaan yang dirujuk dalam perenggan (1)(e), tiap-tiap pemunya kapal

Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 21

layar itu atau sesuatu bahagian mengenai kapal layar itu hendaklah, dengan serta-merta apabila mendapat maklumat tentang kejadian itu, memberitahu Ketua Pengarah dan suatu catatan berkenaan dengan perkara itu hendaklah dibuat dalam Daftar Kapal Layar.

(3)

Jika Ketua Pengarah berniat untuk menamatkan pendaftaran kapal layar itu menurut perenggan (1)(a), (b), (c), (e), (f) atau (g),

Ketua Pengarah hendaklah menyampaikan suatu notis kepada pemunya kapal layar itu yang menyatakan bahawa pendaftaran kapal layar itu akan ditamatkan dan alasan bagi penamatan sedemikian.

(4)

Sebelum menamatkan pendaftaran kapal layar itu, Ketua

Pengarah hendaklah memberi pemunya kapal layar itu suatu peluang untuk menunjukkan sebab dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu mengapa pendaftaran itu tidak patut ditamatkan.

(5)

Jika—

(a)

pendaftaran kapal layar itu ditamatkan di bawah perenggan

(1)

(a)

, (b), (c), (f) atau (g)—

(i)

Ketua Pengarah hendaklah memberitahu semua pemegang gadai janji yang didaftarkan mengenai penutupan pendaftaran bagi kapal layar itu, dan kepentingan pemegang gadai janji itu berkenaan dengan kapal layar itu hendaklah terus terdaftar, kecuali bahawa jika dibuktikan bahawa pemegang gadai janji itu tahu mengenai kemungkinan kapal layar itu digunakan bagi tujuan jenayah, Ketua

Pengarah hendaklah memotong pendaftaran kepentingan pemegang gadai janji itu mengenai kapal layar itu; dan

(ii)

Ketua Pengarah boleh, atas permintaan pemunya kapal layar itu, mengeluarkan suatu perakuan pemotongan dalam borang yang ditetapkan yang mengesahkan bahawa kapal layar itu telah dipotong daripada Daftar Kapal Layar, dan menyatakan kedudukan mana-mana gadai janji yang didaftarkan berkenaan dengan kapal layar itu; atau

(b)

pendaftaran ditamatkan di bawah perenggan (1)(d) atau

(e)

, Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu transkrip penutupan kepada pemunya kapal layar itu.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 630 22

(6)

Apabila menerima perakuan pemotongan atau transkrip penutupan yang dirujuk dalam subseksyen (5), pemunya kapal layar itu hendaklah—

(a)

dengan serta-merta menyerahkan perakuan pendaftaran bagi kapal layar itu kembali kepada Ketua Pengarah untuk pembatalan; dan

(b)

menanggalkan daripada kapal layar itu ukiran dan tanda yang dikehendaki di bawah Bahagian ini dan menghantar pengesahan bertulis mengenai penanggalan itu kepada

Ketua Pengarah.

Section 17 — AKTA PENDAFTARAN KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2003