Malaysia legislation

Section 152

of *AKTA PENDIDIKAN 1996

Seksyen 152

(2)

Dengan penggulungannya—

(a)

anggotanya, termasuk Pengerusi Lembaga, hendaklah terhenti memegang jawatan;

(b)

Lembaga hendaklah terhenti menjadi majikan kepada guru-guru di institusi pendidikan;

(c)

apa-apa kepentingan mengenai mana-mana harta alih atau tak alih dan apa-apa hak dan liabiliti yang sebelum ini terletak hak pada atau mungkin dipunyai oleh Lembaga sebaik sebelum tarikh penggulungan Lembaga hendaklah turun kepada Kerajaan; dan

(d)

Menteri boleh memberikan apa-apa arahan yang difikirkannya patut berkenaan dengan mana-mana kakitangan atau pekerja Lembaga.

Penyenggaraan kumpulan wang caruman