Malaysia legislation

Section 69

of *AKTA PENDIDIKAN 1996

Seksyen 69

(2)

Dalam memberikan kelulusan di bawah subseksyen (1),

Pengarah Peperiksaan boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(3)

Sebutan dalam seksyen ini mengenai pengadaan atau pengendalian peperiksaan hendaklah disifatkan termasuk perbuatan—

(a)

mempelawa calon untuk mengambil peperiksaan;

(b)

memungut atau menerima apa-apa fi atau bayaran atau apa-apa derma atau hadiah berkenaan dengan sesuatu peperiksaan;

(c)

menyediakan apa-apa sukatan pelajaran, kursus atau skim pengajian berkenaan dengan sesuatu peperiksaan;

(d)

memeriksa atau menggred jawapan atau respons kepada soalan atau ujian dalam sesuatu peperiksaan;

(e)

mengeluarkan atau menganugerahkan apa-apa diploma atau dokumen lain atau pengiktirafan dalam bentuk lain berkenaan dengan sesuatu peperiksaan, dan apa-apa perbuatan lain yang berhubungan dengan pengadaan atau pengendalian sesuatu peperiksaan, tidak kira sama ada perbuatan itu dilakukan sebelum atau selepas peperiksaan.

(4)

Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi—

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 550

(a)

badan atau lembaga yang ditubuhkan untuk menguruskan dan mengendalikan peperiksaan di bawah perenggan 68(e);

(b)

Majlis Peperiksaan Malaysia yang ditubuhkan di bawah

Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 [Akta 225]; dan

(c)

sesuatu institusi pendidikan yang mengendalikan peperiksaan, ujian atau dalam bentuk penilaian lain bagi maksud menilai muridnya sendiri.

(5)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau tidak mematuhi mana-mana sekatan, terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.