Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PENDIDIKAN (PINDAAN) 2015

Seksyen 3

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 33

Bab yang berikut:

“Bab 5a – Kolej Vokasional

Penubuhan dan penyenggaraan kolej vokasional 33a.  (1)  Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan sepenuhnya kolej vokasional.

(2)

Kolej vokasional yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)

hendaklah mengadakan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional bagi murid yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah.

Kurikulum Standard Kolej Vokasional hendaklah digunakan oleh kolej vokasional 33b.  Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum, yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Kolej Vokasional, yang hendaklah digunakan oleh semua kolej vokasional.

Kerjasama dengan institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian lain

Quoted provision

Seksyen 33c

(a)

melaksanakan Kurikulum Standard Kolej

Vokasional;

A1490 BM.indd 4 7/7/15 12:12:41 PM

Pendidikan (Pindaan)

(b)

meningkatkan kemahiran pendidikan dan latihan teknik dan vokasional murid;

(c)

melaksanakan pemindahan teknologi; dan

(d)

melaksanakan apa-apa pendidikan dan latihan teknik dan vokasional yang dianggap sesuai dan bermanfaat bagi kolej vokasional atau murid.

(2)

Mana-mana program atau latihan yang dijalankan dengan kerjasama suatu institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian di bawah subseksyen (1) hendaklah menggunakan

Kurikulum Standard Kolej Vokasional.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berhubung dengan kolej vokasional 33d.

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan peruntukan Bab ini dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa itu, peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi—

(a)

Kurikulum Standard Kolej Vokasional yang hendaklah termasuk pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid pada akhir tempoh pendidikan vokasional;

(b)

penjalanan pengukuran atau penilaian dan pengendalian peperiksaan bagi kolej vokasional oleh Pengarah

Peperiksaan;

(c)

penganugerahan sijil atau diploma;

(d)

disiplin pelajar, termasuk disiplin dan aktiviti murid semasa mengikuti kursus pengajian, latihan atau program di luar kolej vokasional;

(e)

tempoh semester kolej vokasional, hari dan waktu murid hendaklah hadir di kolej vokasional dan hari yang hendaklah dijadikan hari cuti oleh semua kolej vokasional atau mana-mana kolej vokasional;

A1490 BM.indd 5 7/7/15 12:12:42 PM

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1490

(f)

penerimaan masuk murid ke kolej vokasional, penyimpanan daftar murid, had umur dan syarat yang membolehkan murid dikekalkan belajar di kolej vokasional atau dalam mana-mana kelas di kolej vokasional;

(g)

penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran persatuan murid kolej vokasional;

(h)

apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan suai manfaat atau perlu oleh Menteri bagi maksud

Bab ini.”.

Pindaan seksyen 35