Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PENERBANGAN AWAM (PINDAAN) 2015

Seksyen 3

Pindaan seksyen 2

(a)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memasukkan sebelum takrif “anak kapal” takrif yang berikut:

‘“aerodrom” ertinya mana-mana kawasan tanah atau air, termasuklah apa-apa lapangan terbang, lapangan

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1497

terbang kecil (termasuklah lapangan terbang kecil air), lapangan helikopter, bangunan, pepasangan dan kelengkapan, untuk digunakan secara keseluruhan atau sebahagiannya bagi pendaratan, pelepasan atau pergerakan kapal udara;

“aerodrom Kerajaan” ertinya mana-mana aerodrom di bawah kawalan Menteri dan termasuklah mana-mana aerodrom Angkatan Tentera atau tentera pelawat;’;

(b)

dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan takrif

“aerodrome” dengan takrif yang berikut:

‘“aerodrome” means any area of land or water, including any airport, airstrip (including water airstrip), heliport, building, installation and equipment, for the use wholly or partly for the arrival, departure or movement of aircraft;’;

(c)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memotong takrif

“krew”;

(d)

dengan menggantikan takrif “lapangan terbang” dengan takrif yang berikut:

‘“lapangan terbang” ertinya agregat tanah yang terdapat dalam suatu aerodrom termasuklah bangunan, hangar kapal udara, tempat penyimpanan, kemudahan, jalan dan tempat letak kereta yang digunakan atau dicadangkan untuk digunakan secara keseluruhan atau sebahagiannya bagi maksud atau berkaitan dengan pengendalian aerodrom itu;’;

(e)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memotong takrif

“padang terbang” dan “padang terbang Kerajaan”; dan

(f)

dengan memasukkan sebelum takrif “syarikat berlesen”

takrif yang berikut:

‘ “sewa atau upah” ertinya apa-apa bayaran, balasan, ganjaran atau manfaat yang dicaj, diminta, diterima atau dikutip secara langsung atau secara tidak langsung oleh mana-mana orang bagi penggunaan sesuatu kapal udara;’.

Penerbangan Awam (Pindaan)

5

Pindaan seksyen 3

Section 3 — AKTA PENERBANGAN AWAM (PINDAAN) 2015 | mylaw.my